Friday, June 1, 2018

Feelingless





Masih lagi ku ingat..
ketika aku dikejutkan dari tidur yang lena..

5pagi yang sejuk, dihangatkan
oleh selimut tebal dan katil yg empuk.

"bangun, makan cepat !
waktu sahur dah nak habis ni !
tak berkat nnti kalau tak makan !"

lalu, dengan mata kuyu,
aku gagahkan jua diriku untuk
bangun menuju ke dapur.

aroma makanan yg enak menusuk hidungku.
serta merta membuat mataku terbuka luas.
aku memang pantang tengok makanan,
terus segar rasenye !

aku makan dengan penuh nikmat.
lalu berfikir :

"hhmm.. lepas ni takleh tidur balik dah.
kena get ready nk pergi skolah..
haish.. sabar jelah. sebulan je pun puasa"

hari2 rutin yang sama dilakukan.
waktu berbuka adalah waktu
yang paling menyeronokkan.

pelbagai juadah berbuka yg terhidang.
setiap hari, pelbagai variasi.
nasi, lauk pauk, kuih muih,
air sirap bandung !
oh sungguh nikmat sekali.

dan selepas selesai makanan,
dengan perut yg sarat dgn makanan,
terus ku rebahkan diri atas katil
utk mencari nafas yg tersekat.

ya. aku tahu.
makan ketika lapar.
berhenti sebelum kenyang.

tapi.. aku terlalu cintakan makanan.
terlalu mengikut nafsu.
selagi ada makanan,
selagi itu seorang Sabryne
akan makan dan habiskan smua nya.

akhirnye.. dia menyesal .

hari berganti hari..
minggu berganti minggu..
dan akhirnya Ramadhan telah berada di
penghujungnya..

sedih..
kerana bulan penuh berkat ini
akan meninggalkan ku..
tiada kepastian untuk bertemu
Ramadhan lagi pada tahun akan datang.

gembira..
kerana raya akan menjelma.
ini bermakna :
-cuti skolah 1 minggu
-baju raya baru cantik2
-reunion family besar
-duit raya
-makanan raya best2 + kuih2 raya
-mercun, bunga api
-ziarah menziarahi
-reunion kawan2





ya... sangat menyeronokkan...


akan tetapi....
semua itu telah berlalu.....
tiada lagi yang sama...............



2014 :

aku membuka mataku.
lalu melihat jam di telefon bimbit.
oh tidak.. aku terlepas sahur.

ya.. aku kini tinggal di asrama.
sendiri. berseorangan.
tiada teman bilik.

waktu berbuka ?
tak banyak yang aku boleh isikan
untuk perutku ini...

iya.. makan banyak tidak bagus utk kesihatan.
makan lah secara bersederhana.

dan ketika bersendirian di asrama itu lah
yang mengajarku makan
secara bersederhana.

alasan ?
jimat duit...
malas kluar..
tiada teman utk berbuka...

lalu hari2 Ramadhan pun berlalu begitu sahaja.
hanya aku seorang di dalam kamar yang kecil.
tiada sahur.
tiada juadah berbuka yg enak.
cukup sekadar mengisi perut... :)

sedih..
terkadang
air mata akan mengalir
tanpa disedari..

memikirkan kluarga di rumah.
memikirkan keinginanku
untuk ber-Ramadhan bersama mereka.

namun.. ini adalah kehidupan.
aku harus pasrah...

Raya tiba....
dan malang sekali...
aku tidak boleh pulang
ke kampung halaman.
karna peperiksaan
dan juga faktor
rumah jauh dari kolej ku...

tetapi aku masih bersyukur.
ibu... bapa... dan adikku datang
ke tempatku... beraya bersamaku.

tiada sanak saudara yang lain..
tiada ziarah menziarahi..
tiada makanan raya, kuih raya..
tiada duit raya...

agak sunyi..
agak kekurangan...
but at least better than nothinng right ?



2015, 2016, 2017 :

tiada perubahan...
kisah Ramadhanku lebih kurang serupa
dengan kisah 2014...

bersendirian...
kesunyian..
berbuka ala kadar...
tiada sahur.... :(
tiada terawih.....

dan kali ini...
aku berada di India...
jauh sekali dari keluargaku...

3 tahun berturut-turut
aku tidak berpuasa dan
beraya di malaysia..

sudah terlalu lama aku
menjalani Ramadhan sendiri.
sudah terlalu lama aku
beraya sendiri....

aku sedih... aku sunyi...
aku rindu.......




2018 :

Ramadhan menjelma kembali.
alhamdulillah, diberi kesempatan
utk merasai Ramadhan tahun ini...

akan tetapi...
Ramadhan ku tetap kekal sunyi.
kosong.....

ya aku berada di Malaysia..
tetapi.....
diriku ini telah berubah.
hatiku telah menjadi kosong.
dan KERAS.

raya akan menjelma...
setiap orang yang ku kenal,
sangat gembira
untuk berhari raya di pangkuan
keluarga masing2....

aku ?

sudah terlalu lama aku tidak merasai
suasana Ramadhan yang sebenar.
sudah terlalu lama aku tidak merasai
suasana hari raya...

dan sekarang... jiwaku kosong.
aku tidak gembira.
aku tidak ingin pulang ke rumah.
aku tidak kenal erti raya..
aku tidak faham apa yang aku inginkan ?


cuti 1 minggu ?
kolej ku hanya cuti 2 hari...

baju raya baru cantik2 ?
tiada lagi masa untuk beli smua ini...

Reunion family besar ?
family besarku sudah tidak lagi sama
seperti 3 tahun lepas.. smuanya sudah berubah.
terlalu banyak konflik .
terlalu banyak kehilangan...
tiada lagi yang sama....

 -reunion kawan2 ?
apa itu kawan ? siapa kawan ku ? :(

-duit raya?
gadis tua sepertiku ini sudah tidak layak
mendapat duit raya...


-makanan raya best2 + kuih2 raya ?
-mercun, bunga api ?
-ziarah menziarahi ?
iyanya takkan berlaku..
kerana aku takkan pulang raya...



feelingless.

aku sudah tiada perasaan.
kalau disuruh aku menjawab exam pada hari raya,
aku terima...
kalau disuruh untuk ke hospital,
aku terima...
kalau disuruh untuk
berkurung di dalam kamar berseorangan,
aku terima....

tiada lagi kesedihan kerana tidak beraya.
tiada lagi perasaan exited utk pulang beraya.
semuanya sudah hilang ditelan masa...

aku di duniaku sendiri..
jauh dari segala manusia...
di dalam dunia yang gelap dan sunyi...

kebahagiaan itu tidak lagi membawa erti.......



No comments:

Post a Comment